Tuesday, May 14, 2019

Isu Kartel Dedak-Menantu Hadi Pilih Jalan Kedua

Isu kartel dedak: Menantu Hadi pilih jalan kedua

KUALA LUMPUR 13 Mei - Selepas memberi bayangan berhubung lima nama pemimpin Pas yang terbabit dengan 'kartel dedak' berhubung penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO semalam, bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharuddin Muhammad tampil dengan kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya di sini pagi ini.

Monday, May 13, 2019

PH Menang PRK Bukti Sokongan Tidak Merosot

PH menang PRK bukti sokongan tidak merosot

KUALA LUMPUR 12 Mei - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan semalam menjadi bukti sokongan rakyat tidak merosot kepada parti itu. Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sepanjang PRK itu, PH juga mendapat kerjasama yang baik daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Saturday, May 11, 2019

Sultan Selangor Gantung Darjah Kebesaran Najib, Rosmah

Sultan Selangor gantung darjah kebesaran Najib, Rosmah

KUALA LUMPUR 10 Mei - Darjah kebesaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor digantung buat sementara waktu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ia berikutan pertuduhan ke atas pasangan suami isteri itu yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

Thursday, May 9, 2019

Dana Daripada Pemulangan Aset 1MDB Untuk Bayar Hutang

Dana daripada pemulangan aset 1MDB untuk bayar hutang

PUTRAJAYA 8 Mei - Dana daripada pemulangan aset-aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM51 billion, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Jumlah tersebut termasuk faedah yang perlu ditanggung sebanyak RM10.8 billion dan pinjaman Kementerian Kewangan yang telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB setakat ini sebanyak RM8.6 bilion, katanya.

Ambank Didenda Gagal Lapor Transaksi Meragukan Dalam Akaun Najib

Ambank didenda gagal lapor transaksi meragukan dalam akaun Najib

KUALA LUMPUR 8 Mei - Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM), Ahmad Farhan Sharifuddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Ambank didenda kerana gagal melaporkan aktiviti transaksi meragukan dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wednesday, May 8, 2019

Kerajaan Terima Bayaran Pertama Wang 1MDB RM236.5 juta

Kerajaan terima bayaran pertama wang 1MDB RM236.5 juta

KUALA LUMPUR 7 Mei - Amerika Syarikat (AS) telah menghantar pulang dan akan memulangkan sejumlah besar wang ke Malaysia yang merupakan pembayaran pertama bagi dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset-aset berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saturday, May 4, 2019

Zizie Ezette Didakwa Subahat Dengan Bung Moktar

Zizie Ezette didakwa subahat dengan Bung Moktar

KUALA LUMPUR 3 Mei - Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin memperoleh rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, empat tahun lalu