Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Monday, October 14, 2019

Utusan Melayu Gulung Tikar Keputusan Perniagaan Semata-mata Kebajikan Pekerja Diabaikan

Utusan Melayu gulung tikar keputusan perniagaan semata-mata, kebajikan pekerja diabaikan - BERITA MediaCorp

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad memilih untuk Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors' Voluntary Liquidation) akhbar itu hanya untuk menyelamatkan jenama dan lesen surat khabar. Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu Johan Jaafar turut mendakwa ia pertimbangan perniagaan semata-mata walaupun mengakibatkan lebih 800 petugas akbar itu hilang pekerjaan dalam sekelip mata.

Thursday, October 10, 2019

Utusan Gulung Tikar Kerana UMNO Tidak Lagi Berkuasa

Notis:
Dengan keputusan Utusan gulung tikar, kesemua link dalam blog ini (yang berpaut kepada  https://www.utusan.com.my ) tidak lagi befungsi. Jika anda klik, ia akan menunjukan mesej

Not Found

The requested URL was not found on this server.


Blogger untuk blog ini tidak akan membersihkan kesemua links tersebut kerana, tajuk-tajuk penting masih boleh dibaca secara ringkas, pendek dan padat. 




Presiden NUJ Mohd Taufek Razak mengakui Utusan Malaysia menerima kesan buruk sehingga perlu menutup operasinya selepas 9 dekad ditubuhjan kerana Umno tidak lagi menjadi kerajaan.

Beliau sedar itulah kesan buruk apabila media beroperasi tidak berasaskan keuntungan sebaliknya bergantung kepada sumber pendapatan parti politik.


Utusan, Kosmo! gulung tikar, Berita Dunia - BeritaHarian.sg

DUA akhbar milik Kumpulan Utusan iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! melabuhkan tirainya semalam setelah pengurusan syarikat itu gagal mencari huraian menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi. Ia dilaporkan menghadapi hutang ratusan juta ringgit. DUA akhbar milik Kumpulan Utusan iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! melabuhkan tirainya semalam setelah pengurusan syarikat itu gagal mencari huraian menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

Utusan gulung tikar, pengharaman Detik dan kes Harakah: Catatan pengalaman

Sudah banyak komentar dan ulasan tentang penutupan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo. Kumpulan Utusan adalah syarikat penerbitan bahasa Melayu yang berpengaruh dan lama bertapak di negara ini, serta meninggalkan impak agak besar terhadap dunia kepengarangan saya. Saya mengenali dan tertarik dengan akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman (jawi) lebih awal daripada Utusan Malaysia dan edisi ...

Tuesday, August 20, 2019

Penerbitan Utusan Malaysia, Kosmo! Akan Dihentikan

Penerbitan Utusan Malaysia, Kosmo! akan dihentikan

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) akan menghentikan penerbitan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo! bermula Khamis ini untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan. Beberapa kakitangan syarikat itu yang dihubungi mendakwa perkara itu dimaklumkan oleh pengarang kedua-dua akhbar itu kepada kakitangan mereka petang tadi.

Wednesday, March 6, 2019

NSTP, Utusan Setuju Bayar Ganti Rugi Kepada Guan Eng

NSTP, Utusan setuju bayar ganti rugi kepada Guan Eng

New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah RM400,000 kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes saman fitnah difailkannya yang melabelkannya sebagai "ejen Singapura".

Monday, February 11, 2019

Terlerainya Dominasi UMNO Ke Atas Utusan

Terlerainya dominasi UMNO ke atas Utusan

PADA 8 Februari lepas, sejarah tercipta dalam industri akhbar negara dengan terlerainya dominasi UMNO dalam Utusan Melayu (M) Berhad setelah 31.6 pera­tus ekuiti diambil alih oleh Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir. Pembelian 35 juta unit saham pada harga RM6.65 juta menerusi syarikat Opulance Asia Sdn. Bhd. milik Abd.

After Umno's exit, Utusan shares spike 126%

PETALING JAYA: Shares in Utusan Melayu (Malaysia) Bhd rose sharply in today's trade, surging from 11 to 26 sen, or 126%, with 928,000 shares traded as at noon today. It comes just two days after the company, which publishes the Utusan Malaysia Malay-language daily, announced that Umno was letting off its stake in the company.

Saturday, February 9, 2019

UMNO Lepaskan 31.6% Pegangan Saham Dalam Utusan

UMNO lepaskan 31.6% pegangan saham dalam Utusan

KUALA LUMPUR 8 Feb. - UMNO telah menamatkan penguasaan dalam Utusan Melayu (M) Berhad apabila melepaskan pegangan saham sebanyak 31.6 peratus dalam syarikat akhbar itu. Dalam urusniaga terbabit UMNO telah melepaskan pegangan ke atas 35 juta unit saham Utusan kepada Opulence Asia Sdn Bhd.

Thursday, January 3, 2019

Utusan Malaysia Jahanam, UMNO Perlu Bertanggungjawab Kata Kit Siang

Utusan Malaysia jahanam, UMNO perlu bertanggungjawab kata Kit Siang

Majlis Tertinggi UMNO perlu memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah kewangan lidah rasminya, Utusan Malaysia. Gesaan tersebut dibuat Lim Kit Siang, sebagai reaksi terhadap pelantikan Aziz Sheikh Fadzir sebegai pengerusi eksekutif Utusan Melayu Bhd, bagi memulihkan syarikat milik UMNO itu.

Saturday, November 24, 2018

Utusan Diarah Bayar Ganti Rugi RM30,000 Fitnah Guan Eng

Utusan diarah bayar ganti rugi RM30,000 fitnah Guan Eng

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada Lim Guan Eng, berikutan saman fitnah dikemukakan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu terhadap syarikat penerbitan dan pengarangnya. Keputusan mahkamah itu dimaklumkan peguam Datuk N Murali, yang mewakili Lim, yang kini menteri kewangan, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Monday, October 22, 2018

Pemegang Saham Perlu Selamatkan Utusan

Pemegang saham perlu selamatkan Utusan

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Para pemegang saham Utusan Mela­yu (M) Bhd. perlu segera menyelamatkan organisasi itu daripada 'berkubur' dan menjadikannya akhbar komersial, bukannya UMNO. Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun me­miliki saham terbesar dalam Utusan, parti itu tidak terlibat dalam urusan editorial dan pe­ngurusan.

Thursday, August 30, 2018

Utusan Rugi RM71 Juta, Status PN17 - Masa Untuk Berubah

Utusan Rugi RM71 Juta, Status PN17 - Masa Untuk Berubah?

Reading Time: 4 minutes Berdasarkan kepada rekod yang ada, kali terakhir Utusan Melayu mencatatkan keuntungan ialah pada 31 Disember 2011 Kerugian terkumpul Utusan mencatat lebih RM71 juta Syarikat penerbitan terkenal negara, Utusan Melayu yang dimiliki UMNO kini berada dalam krisis kewangan dan pengurusan kritikal.

Monday, May 28, 2018

Hello Utusan Apa Khabar

Hello! Utusan apa khabar?

Saya tahu anda ikhlas sebab itu anda bertanya terus secara langsung kepada saya. Yang tidak ikhlas itu tidak utus apa-apa. Dia tulis saja dalam Facebook mengenai kegeramannya terhadap akhbar ini dan harapan-harapannya. Tidak mengapa. Cara anda memberi reaksi adalah bergantung kepada sejauh mana pengetahuan anda mengenai cara sesebuah organisasi media berfungsi.

Thursday, March 16, 2017

Utusan Malaysia Minta Maaf Pada Guan Eng Kerana Memfitnah

Utusan Malaysia minta maaf pada Guan Eng kerana memfitnah

GEORGE TOWN, 15 MAC: Utusan Melayu hari ini memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas kesilapan fakta dalam artikel "Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein" yang disiarkan akhbar itu pada 20 Ogos 2015.

Thursday, October 20, 2016

Utusan Diperintah Bayar Ganti Rugi RM200,000 Kepada Anwar Ibrahim

Utusan diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Anwar Ibrahim

Peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Utusan Melayu memohon mahkamah memberi kebenaran untuk merayu dan mencadangkan empat persoalan undang-undang untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan berkaitan isu sama ada sabitan terhadap Anwar dalam kes Sodomi II boleh digunakan untuk mengurangkan kuantum ganti rugi dalam saman fitnah itu.

Thursday, December 11, 2014

Utusan Kalah Saman Fitnah Kit Siang, Diperintah Bayar RM250,000

Utusan kalah saman fitnah Kit Siang, diperintah bayar RM250,000 ★ MRM

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menang dalam saman fitnah terhadap Utusan Malaysia, hari ini. Mahkamah hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan diperintahkan untuk membayar ganti rugi RM250,000 kepada ahli Parlimen Gelang Patah itu. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam berkata, Lim yang juga ...

Saturday, July 6, 2013

Kalah Saman Bukti Utusan Malaysia Pembohong, Pemfitnah

Kalah saman bukti Utusan Malaysia pembohong, pemfitnah

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dan kos guaman RM30,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1 adalah bukti terbaru media UMNO itu melakukan pembohongan dan fitnah.

Friday, July 5, 2013

Nizar Menang Kes Saman Fitnah Terhadap Utusan Malaysia

Nizar menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia

Oleh JENNIFER GOMEZ Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi umum dan teladan sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) atas saman yang difailkan terhadap akhbar itu berhubung isu pendaftaran nombor plat kereta WWW1, pada tahun lalu.

Tuesday, November 6, 2012

Utusan Malaysia, Akhbar Paling Banyak Bayar Saman

Pojok: Cabai Burung - Utusan Malaysia, akhbar paling banyak bayar saman...

Bukannya kita tidak tahu, sebelum ini pun bos Utusan Malaysia pernah ajar blogger UMNO untuk spin-putar belit berita. Kata Zaini Hassan Ketua Pengarang Utusan Malaysia tersohor itu, Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta supaya memihak kepada kita, itu okay.

Sunday, June 17, 2012

KM Menang Saman Fitnah Kedua

KM menang saman fitnah kedua

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB GEORGE TOWN Tinggi Pulau Pinang sekali lagi memutuskan akhbar perdana, Utusan Malaysia (Utusan) bersalah kerana menfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang melalui artikel berita, "DEB: Guan Eng tetap berdegil" yang disiarkan pada 15 Mac 2008. Kali pertama Utusan kalah saman fitnah pada 15 Disember tahun lepas, iaitu mengenai rencana bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang disiarkan pada 20 Disember 2010.