Wednesday, August 28, 2019

Bila Punggung Najib Sakit

Bila Punggung Najib Sakit

Oleh Rafizi Ramli Saya jarang ambil tahu tentang hal ehwal ahli-ahli politik kebelakangan ini, tetapi hari ini ada berita yang menyayat hati. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, setelah hilang kerusi empuk di Putrajaya, kini bangku kayu di kandang tertuduh menyebabkan punggung Dato' Seri Najib diberitakan sakit.

Thursday, August 22, 2019

Mengenali Pemimpin Melayu Haprak

Mengenali pemimpin Melayu haprak

Oleh Mohd Sayuti Omar SEMASA berucap menggulung konvensyen Kepemimpinan Berhikmah, baru-baru ini terluncur gesaan oleh Anwar Ibrahim agak menolak pemimpin Melayu haprak. Menurut Kamus Dewan; Haprak , membawa maksud kata-kata makian untuk seseorang. Ia tidak mempunyai pengertian khusus, mengenai cacian itu tetapi berbentuk umum. Haprak itu membawa konotasi buruk, kotor, cemar dan busuk, tidak berguna.

Tuesday, August 20, 2019

Penerbitan Utusan Malaysia, Kosmo! Akan Dihentikan

Penerbitan Utusan Malaysia, Kosmo! akan dihentikan

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) akan menghentikan penerbitan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo! bermula Khamis ini untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan. Beberapa kakitangan syarikat itu yang dihubungi mendakwa perkara itu dimaklumkan oleh pengarang kedua-dua akhbar itu kepada kakitangan mereka petang tadi.