Abu mayat Chin Peng dijadikan isu untuk burukkan kerajaan - PM
Dr Mahathir Mohamad berkata isu abu mayat Chin Peng sengaja dibangkitkan untuk memburukkan kerajaan sekarang. Bercakap kepada media di Seoul, Korea Selatan, hari ini perdana menteri memberitahu Chin Peng sudah mati dan sepatutnya semua orang melupakan kisah lama.
Tiada isu yang perlu dibangkitkan berhubung isu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya PKM Chin Peng. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berpendapat isu Chin Peng telah pun tamat menerusi perjanjian damai yang telah dimeterai 30 tahun lalu.
Orang Islam, mereka tentu tahu bahawa perintah pertama yang Allah Taala turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah supaya menyuruh umat manusia membaca - "Iqra".Isu Debu Chin Peng: Petanda Masyarakat Yang Keliru
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ : Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
PAS, UMNO cuba memutar belit fakta sejarah untuk terus mempengaruhi bangsa Melayu yang kurang pengetahuan (atau kurang membaca) supaya percaya PKM (Parti Komunis Malaya) hanya terdiri daripada orang cina sahaja... tetapi fakta sebenarnya, orang melayu (atau bangsa lain) juga sama terlibat.
Terbukti niat jahat dan agenda tersendiri yang ada pada pemimpin-pemimpin parti PAS & UMNO. Sanggupkah anda pangkah kertas undi untuk menaik semula kerajaan BN (Barisan Nasional) pada PRU15 yang akan datang? Fikir-fikirlah !
Bekas-bekas Pemimpin Melayu PKM (Parti Komunis Malaya)
Shamsiah Fakeh (1924-2008) juga dikenali sebagai "Ratu Rimba Malaya" ialah tokoh feminis, nasionalis, pejuang dan reformis berhaluan kiri Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka 1957. Beliau hanya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Haadyai. Shamsiah dilahirkan pada tahun 1924 di Kampung Gemuruh kira-kira satu batu dari pekan Kuala Pilah.
Ibrahim Mohammad (Suami Shamsiah Fakeh), Musa Ahmad, Suriani Abdullah (Isteri Abdullah C.D.)
Parti Komunis Malaya menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D.