Saturday, April 11, 2020

Covid-19 Kematian Ke-68, Ke-69 & Ke-70 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 10 April 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 222 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,830 kes (42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Start News Summary (10/04/2020)

Kes kematian ke-68 (Kes ke-694) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster Seri Petaling (kes ke-159). Beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 8.21 pagi.

Kes kematian ke-69 (Kes ke-4,229) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 4.00 pagi.

Kes kematian ke-70 (Kes ke-4,230) - Perempuan warganegara Malaysia berumur 88 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-1684). Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 2.38 pagi.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-68, 69 & 70 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment