Monday, April 20, 2020

Covid-19 Kematian Ke-89 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 19 April 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,197 kes (59.32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Start News Summary (19/04/2020)

Kes kematian ke-89 (Kes ke-4,769) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-2,726. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 13 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 April 2020 jam 6.47 petang.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-89 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment