Start News Summary (11/04/2020)Kenyataan Akhbar KPK 11 April 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 165 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,995 kes (44.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Kes kematian ke-71 (Kes ke-3,091) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout. Beliau mempunyai kontak rapat kes positif COVID-19 dari kluster perhimpunan Seri Petaling (iaitu kes ke-452). Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 1 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 11 April 2020 jam 12.05 tengah hari.
Kes kematian ke-72 (Kes ke-537) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 11 April 2020 jam 11.15 pagi.
Kes kematian ke-73 (Kes ke-2,399) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 11 April 2020 jam 12.00 tengah hari.
End News
**************************************************
P/S Covid-19 Kematian Ke-71, 72, & 73 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"
Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020
Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.
Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.
No comments:
Post a Comment