Tuesday, March 31, 2020

Covid-19 Kematian Ke-35, Ke-36 & Ke-37 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 30 Mac 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 91 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, iaitu jumlah discaj terbesar setakat ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 479 kes (18.2 peratus daripada jumlah...
Start News Summary (30/03/2020)

Kes kematian ke-35 (Kes ke-1,952) - Perempuan warganegara Malaysia berumur 57 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Indonesia. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.

Kes kematian ke-36 (Kes ke-1,941) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 8.10 pagi.

Kes kematian ke-37 (Kes ke-2,471) - Perempuan warganegara Malaysia berumur 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun. Beliau telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 9.02 pagi.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-35, 36 & 37 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Monday, March 30, 2020

Covid-19 Kematian Ke-28 To Ke-34 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 29 Mac 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 68 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 388 kes.
Start News Summary (29/03/2020)

Kes kematian ke-28 (Kes ke-2321) - Perempuan warganegara Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 26 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 8.48 pagi.

Kes kematian ke-29 (Kes ke-2123) - Perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.15 malam.

Kes kematian ke-30 (Kes ke-2322) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.

Kes kematian ke-31 (Kes ke-2323) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.

Kes kematian ke-32 (Kes ke-1239) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Beliau dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.

Kes kematian ke-33 (Kes ke-1249) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.

Kes kematian ke-34 (Kes ke-787) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 10.40 pagi.
End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-28, 29, 30, 31, 32, 33 & 34 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Sunday, March 29, 2020

Covid-19 Kematian Ke-27 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 28 Mac 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 320 kes.


Start News Summary (28/03/2020)

Kes kematian ke-27 (Kes ke-2,162) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-27 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Saturday, March 28, 2020

Covid-19 Kematian Ke-24, 25 & 26 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 27 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 259 kes.
Start News Summary (27/03/2020)

Kes kematian ke-24 (Kes ke-1,056) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Kes kematian ke-25 (Kes ke-2,032) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Kes kematian ke-26 (Kes ke-1,321) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 pada 10.30 pagi.
End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-24, 25 & 26 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Friday, March 27, 2020

Covid-19 Kematian Ke-20, 21, 22 & 23 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 26 Mac 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 215 kes.
Start News Summary (26/03/2020)

Kes kematian ke-20 (Kes ke-780) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 4.35 petang.

Kes kematian ke-21 (Kes ke-1588) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun. Beliau juga merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan telah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 23 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020, jam 4.00 pagi.

Kes kematian ke-22 (Kes ke-1797) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau juga telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 yang menghadiri perhimpunan yang sama. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 8.15 malam.

Kes kematian ke-23 (Kes ke-1840) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun daripada Kajang. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak mulai 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.37 tengah hari.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-20, 21, 22 & 23 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Thursday, March 26, 2020

Covid-19 Kematian Ke-18 & 19 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 25 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 199 kes.
Start News Summary (25/03/2020)

Kes kematian ke-18 (Kes ke-1,625) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 2.00 pagi.

Kes kematian ke-19 (Kes ke-1,246) - Perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.53 pagi.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-18 & 19 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Covid-19 Kematian Ke-17 Malaysia

COVID-19: Malaysia catat satu lagi kes kematian, jumlah kini 17 kes | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan satu lagi pertambahan kematian akibat COVID-19 menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat wabak itu seramai 17 orang. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, mangsa merupakan warga tempatan kes ke-1,251 berusia 66 tahun dan mempunyai latar belakang beberapa penyakit kronik.
Start News Summary (25/03/2020)

Kes kematian ke-17 (Kes ke-1,251) - Warga tempatan berusia 66 tahun dan mempunyai latar belakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020.

Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-17 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Wednesday, March 25, 2020

Covid-19 Kematian Ke-15 & 16 Malaysia

Covid-19: Seorang lagi meninggal dunia

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu kes kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 15 kes sehingga kini.
Start News Summary (24/03/2020)

Kes kematian ke-15 (Kes ke-1,519) - Lelaki tempatan berusia 71 tahun berasal dari Melaka. Dia disyaki mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19, kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling. Dia mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.35 pagi, 24 Mac, 2020

Kes kematian ke-16 (Kes ke-1334) - Warga tempatan berusia 75 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik. Mangsa mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac lalu dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac. Kesihatannya merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac lalu. Beliau disahkan meninggal dunia pada 24 Mac, 2020 jam 7.40 malam.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-15 & 16 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Tuesday, March 24, 2020

Covid-19 Kematian ke-11, 12, 13 & 14 Malaysia

COVID-19: Empat kematian baharu direkod hari ini

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan pertambahan empat kes kematian baharu berkaitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini adalah 14 kes. "Kes kematian ke-11 adalah kes ke-1,070 iaitu lelaki berumur 70 tahun warga tempatan.


Start News Summary (23/03/2020)

Kes kematian ke-11 (Kes ke-1,070) - Lelaki berumur 70 tahun warga tempatan. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan disahkan meninggal dunia 22 Mac, 2020

Kes kematian ke-12 (Kes ke-1,114) - Lelaki berumur 70 tahun yang juga warga tempatan. Beliau ialah jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, 23 Mac, 2020

Kes kematian ke-13 (Kes ke-1,006) - Lelaki berumur 49 tahun warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak adalah anak kepada (Kes ke-1,031) Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, 23 Mac, 2020

Kes kematian ke-14 (Kes ke-595) - Wanita berusia 51 tahun warga Malaysia. Mangsa adalah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri sebelum disahkan meninggal dunia hari ini, 23 Mac, 2020

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-11, 12, 13 & 14 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Monday, March 23, 2020

Covid-19 Kematian Ke-9 & 10 Malaysia

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-10 | Astro Awani

KUALA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham hari ini mengesahkan Malaysia telah mencatat kematian ke-10 pada Ahad susulan dua lagi kematian dilaporkan pada 22 Mac 2020. Beliau berkata kematian itu masing-masing melibatkan kes ke-890 iaitu doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes ke-259 iaitu daripada kluster tabligh di Sri Petaling.


Start News Summary (22/03/2020)

Kes kematian ke-9 (Kes ke-890) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun, doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi Ahad, 22 Mac, 2020. Jenazah selamat dikebumikan selepas Zohor di masjid Alor Merah dekat Alor Setar, Kedah.



Kes kematian ke-10 (Kes ke-259) - Lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun dari kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 petang Ahad, 22 Mac, 2020. Jenazah dibawa ke di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Tok Jaya, Butterworth pada jam 8.35 malam, diiringi petugas kesihatan yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan selamat dikebumikan.



End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-9 & 10 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 28 Februari - 2 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Sunday, March 22, 2020

Covid-19 Kematian Ke-4, 5, 6, 7 & 8 Malaysia

COVID-19: Angka kematian kini 8

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat lagi kematian direkodkan akibat COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu di negara ini ketika ini sebanyak lapan kes. Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menerusi Facebook, hari ini.
Start News Summary (21/03/2020)

Kes kematian ke-4 (Kes ke-238) - Lelaki berusia 50 tahun itu dari kluster jemaah tabligh. Dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI), sebelum kesihatannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia 1.30 pagi, 21 Mac, 2020. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chohong Jasin kira-kira jam 2 petang.



Kes kematian ke-5 (Kes ke-1,031) - Wanita berusia 79 tahun yang dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac lalu selepas demam dan batuk selama lima hari, sebelum di bawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac. Wanita isu disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuannya.

Kes kematian ke-6 (Kes ke-1,032) - Anak perempuan kes kematian ke-5, warga Malaysia. Beliau yang berusia 40 tahun dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac, sebelum disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari, 21 Mac, 2020

Kes kematian ke-7 (Kes ke-290) - Lelaki berusia 57 tahun, warga Malaysia mempunyai sejarah ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac lalu akibat demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu, namun kesihatannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang, 21 Mac, 2020

Kes kematian ke-8 (Kes ke-781) - Lelaki berusia 69 tahun, warga Malaysia juga daripada kluster tabligh dan dimasukkan ke Hospital Tumpat, pada 16 Mac lalu susulan demam sejak 12 Mac. Beliau dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 4.00 petang, 21 Mac, 2020. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, jam 3.30 pagi 22 Mac.



End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-4, 5, 6, 7 & 8 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Saturday, March 21, 2020

Covid-19 Kematian Ke-3 Malaysia

COVID-19: Malaysia catat kematian ketiga

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19, iaitu membabitkan pesakit daripada kes ke-152, petang tadi. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes ke-152 itu ialah lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.
Start News Summary (20/03/2020)

Kes kematian ke-3 (Kes ke-152) - Lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah, pada 9 Mac lalu kerana mengalami simptom ‘Severe Acute Respiratory Infection’, selain diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang, 20 Mac, 2020


End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-3 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

Wednesday, March 18, 2020

Covid-19 Kematian Pertama & Ke-2 Malaysia

COVID-19: Malaysia rekod kematian kedua

KUALA LUMPUR: Seorang paderi di Sarawak menjadi mangsa kedua COVID-19 di negara ini selepas disahkan meninggal dunia akibat virus itu, pagi tadi. Perkara itu disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang memaklumkan, mangsa berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Besar Sarawak kira-kira jam 11 pagi tadi.
Start News (17/03/2020)

Kes kematian pertama (Kes ke-178) - Lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Pada 5 Mac 2020, dia telah menunjukkan symptom-simptom jangkitan sebelum disahkan meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 17 Mac 2020. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakar Batu, Johor Bahru kira-kira pada 9 malam




Kes kematian ke-2 - (Kes ke-358) Seorang paderi di Sarawak menjadi mangsa kedua COVID-19 di negara ini selepas disahkan meninggal dunia akibat virus itu, pagi tadi. Perkara itu disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang memaklumkan, mangsa berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Besar Sarawak kira-kira jam 11 pagi tadi.

End News

**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Pertama & Ke-2 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat telah pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.