Wednesday, March 25, 2020

Covid-19 Kematian Ke-15 & 16 Malaysia

Covid-19: Seorang lagi meninggal dunia

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu kes kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 15 kes sehingga kini.
Start News Summary (24/03/2020)

Kes kematian ke-15 (Kes ke-1,519) - Lelaki tempatan berusia 71 tahun berasal dari Melaka. Dia disyaki mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19, kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling. Dia mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.35 pagi, 24 Mac, 2020

Kes kematian ke-16 (Kes ke-1334) - Warga tempatan berusia 75 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik. Mangsa mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac lalu dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac. Kesihatannya merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac lalu. Beliau disahkan meninggal dunia pada 24 Mac, 2020 jam 7.40 malam.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-15 & 16 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment