Monday, March 23, 2020

Covid-19 Kematian Ke-9 & 10 Malaysia

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-10 | Astro Awani

KUALA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham hari ini mengesahkan Malaysia telah mencatat kematian ke-10 pada Ahad susulan dua lagi kematian dilaporkan pada 22 Mac 2020. Beliau berkata kematian itu masing-masing melibatkan kes ke-890 iaitu doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes ke-259 iaitu daripada kluster tabligh di Sri Petaling.


Start News Summary (22/03/2020)

Kes kematian ke-9 (Kes ke-890) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun, doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi Ahad, 22 Mac, 2020. Jenazah selamat dikebumikan selepas Zohor di masjid Alor Merah dekat Alor Setar, Kedah.



Kes kematian ke-10 (Kes ke-259) - Lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun dari kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 petang Ahad, 22 Mac, 2020. Jenazah dibawa ke di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Tok Jaya, Butterworth pada jam 8.35 malam, diiringi petugas kesihatan yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan selamat dikebumikan.



End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-9 & 10 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 28 Februari - 2 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment