Start News Summary (26/03/2020)Kenyataan Akhbar KPK 26 Mac 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 215 kes.
Kes kematian ke-20 (Kes ke-780) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 4.35 petang.
Kes kematian ke-21 (Kes ke-1588) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun. Beliau juga merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan telah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 23 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020, jam 4.00 pagi.
Kes kematian ke-22 (Kes ke-1797) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau juga telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 yang menghadiri perhimpunan yang sama. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 8.15 malam.
Kes kematian ke-23 (Kes ke-1840) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun daripada Kajang. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak mulai 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.37 tengah hari.
End News
**************************************************
P/S Covid-19 Kematian Ke-20, 21, 22 & 23 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"
Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020
Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.
Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.
No comments:
Post a Comment