Saturday, March 21, 2020

Covid-19 Kematian Ke-3 Malaysia

COVID-19: Malaysia catat kematian ketiga

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19, iaitu membabitkan pesakit daripada kes ke-152, petang tadi. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes ke-152 itu ialah lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.
Start News Summary (20/03/2020)

Kes kematian ke-3 (Kes ke-152) - Lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah, pada 9 Mac lalu kerana mengalami simptom ‘Severe Acute Respiratory Infection’, selain diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang, 20 Mac, 2020


End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-3 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment