Thursday, March 26, 2020

Covid-19 Kematian Ke-18 & 19 Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 25 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 199 kes.
Start News Summary (25/03/2020)

Kes kematian ke-18 (Kes ke-1,625) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 2.00 pagi.

Kes kematian ke-19 (Kes ke-1,246) - Perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.53 pagi.

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-18 & 19 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment