Tuesday, March 24, 2020

Covid-19 Kematian ke-11, 12, 13 & 14 Malaysia

COVID-19: Empat kematian baharu direkod hari ini

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan pertambahan empat kes kematian baharu berkaitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini adalah 14 kes. "Kes kematian ke-11 adalah kes ke-1,070 iaitu lelaki berumur 70 tahun warga tempatan.


Start News Summary (23/03/2020)

Kes kematian ke-11 (Kes ke-1,070) - Lelaki berumur 70 tahun warga tempatan. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan disahkan meninggal dunia 22 Mac, 2020

Kes kematian ke-12 (Kes ke-1,114) - Lelaki berumur 70 tahun yang juga warga tempatan. Beliau ialah jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, 23 Mac, 2020

Kes kematian ke-13 (Kes ke-1,006) - Lelaki berumur 49 tahun warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak adalah anak kepada (Kes ke-1,031) Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, 23 Mac, 2020

Kes kematian ke-14 (Kes ke-595) - Wanita berusia 51 tahun warga Malaysia. Mangsa adalah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri sebelum disahkan meninggal dunia hari ini, 23 Mac, 2020

End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-11, 12, 13 & 14 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment