Sunday, March 22, 2020

Covid-19 Kematian Ke-4, 5, 6, 7 & 8 Malaysia

COVID-19: Angka kematian kini 8

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat lagi kematian direkodkan akibat COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu di negara ini ketika ini sebanyak lapan kes. Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menerusi Facebook, hari ini.
Start News Summary (21/03/2020)

Kes kematian ke-4 (Kes ke-238) - Lelaki berusia 50 tahun itu dari kluster jemaah tabligh. Dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI), sebelum kesihatannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia 1.30 pagi, 21 Mac, 2020. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chohong Jasin kira-kira jam 2 petang.



Kes kematian ke-5 (Kes ke-1,031) - Wanita berusia 79 tahun yang dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac lalu selepas demam dan batuk selama lima hari, sebelum di bawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac. Wanita isu disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuannya.

Kes kematian ke-6 (Kes ke-1,032) - Anak perempuan kes kematian ke-5, warga Malaysia. Beliau yang berusia 40 tahun dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac, sebelum disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari, 21 Mac, 2020

Kes kematian ke-7 (Kes ke-290) - Lelaki berusia 57 tahun, warga Malaysia mempunyai sejarah ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac lalu akibat demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu, namun kesihatannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang, 21 Mac, 2020

Kes kematian ke-8 (Kes ke-781) - Lelaki berusia 69 tahun, warga Malaysia juga daripada kluster tabligh dan dimasukkan ke Hospital Tumpat, pada 16 Mac lalu susulan demam sejak 12 Mac. Beliau dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 4.00 petang, 21 Mac, 2020. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, jam 3.30 pagi 22 Mac.



End News
**************************************************

P/S Covid-19 Kematian Ke-4, 5, 6, 7 & 8 Malaysia (dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) => PAS + UMNO + MCA + MIC + PPBM - Sebuah "Kerajaan Pintu Belakang ???"

Gelombang Kedua Covid-19, menular dengan pantas dalam skala yang besar di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu kesilapan  (tidak boleh dimaafkan ?) oleh Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menghalang perhimpunan tabligh Sri Petaling (Seri Petaling) secara besar-besaran pada 27 Februari - 1 Mac, 2020

Untuk pegetahuan umum, tiada kematian Covid-19 semasa pemeritahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) => PKR + DAP + PAN + PPBM. Kesemua 22 orang pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya dan telah keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment